Wednesday, September 11, 2013

Hasil Karya : Facebook Cover Timeline bersempena sambutan kemerdekaan ke 56 tahun


Rekaan FB Cover Timeline sempena sambutan kemerdekaan
Salam, kali ni kami berkesempatan untuk menghasilkan rekaan FB Cover ini untuk kesemua page perniagaan kami bagi memeriahkan & merasai bahang-bahang sambutan kemerdekaan di Malaysia bagi tahun 2013. Idea rekaan bagi tahun ini kami gabungkan serba sedikit elemen-elemen Raya Aidilfitri dan Kemerdekaan kerana sambutan kali ini adalah masih dalam bulan syawal.

Rekaan kali ini ringkas, dengan menampilkan tokoh-tokoh tunjang utama negara dari dulu hingga sekarang dan diserasikan bersama Jalur Gemilang sudah memadai dengan tema dan idea bagi kemerdekaan.
Mesej yang hendak disampaikan dalam rekaan kali ini adalah keamanan dan kesejahteraan yang mampu dicapai sehingga hari ini. Dengan pembangunan yang semakin moden dan serba canggih diharapkan kita mampu meletakkan Malaysia di peta dunia ke hadapan dengan lebih Maju dan Aman Sejahtera.

Berminat untuk mempunyai FB Cover untuk Facebook anda/perniagaan anda?
Hubungi kami segera di 019 668 6643

No comments:

Post a Comment