Monday, March 24, 2014

Rekaan Konsep Baru Laman Web Pixie Studio 2014

rekaan laman web

rekaan laman web

Salam,

Terima kasih atas kunjungan setia anda ke laman blog ini, kali ini kami akan review sedikit mengenai projek rekaan terbaru yang masih dalam pembinaan konsep. Rasanya agak lama laman web rasmi Pixie Studio tidak diberi sentuhan kemaskini rekaan secara menyeluruh, tetapi bagi tahun 2014 kami amat bertegas untuk menyiapkan juga laman web baru ini.

Setelah kajian ringkas dibuat (almaklumlah masa tak banyak hehe) kami tertarik dengan konsep rekaan trend terkini iaitu Flat & Minimalist design. Konsep ini sangat bersesuaian dengan perjalanan perniagaan Pixie Studio selama ini.

Konsep ini amat menarik untuk diexplore dengan lebih mendalam, kerana ianya sebenarnya sangat mencabar kerana rekaan perlu dibuat seringkas mungkin dengan rekaan objek2 yang mengambarkan mesej tertentu. Tiada lagi gradient, texture, pattern, dan efek2 yang kebiasaaan digunakan dalam rekaan Pixie Studio selama ini. Namun rekaan ini menampakkan kesederhaan dan apa yang penting adalah mesej dapat disampaikan dengan mudah dan sempurna. Konsepnya lebih santai dan mudah. Oh yea, kartun juga nampak lebih lucu walaupun macam serius je hehe :)

Sampai di sini sahaja coretan kali ini, insyaAllah kami akan cari masa untuk kemaskini laman web di masa akan datang.

Sebarang komen dan cadangan boleh diajukan di email kami di ps@pixiestudio.com.my atau whatsApp & telegram ke 019 668 6643

tq! ^^
Rekaan Penuh laman web Pixie Studio
Gambaran Konsep Penuh Halaman Depan Laman web Pixie Studio 2014

No comments:

Post a Comment